BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 8, 2009

PETUA PASTRI DI DAPUR (2)

8) Jangan membuka pintu ketuhar pada peringkat awal membakar, jika biskut pintu ketuhar boleh di buka selepas 5 minit, tetapi kek selepas 15 minit.


9. Kek yang telah masak akan kelihatan mengecut dari tepi tin dan apabila di tekan di permukaan atasnya dengan jari ia tidak meninggalkan kesan. Pencucuk lidi atau pencucuk daging (skewer) boleh juga di gunakan untuk menentukan kek telah masak atau belum. Jika tidak ada tanda adunan melekat, ini menandakan kek telah masak.

10) Epal, pir & pisang akan kelihatan lebam apabila dipotong. Untuk mengelakkan kesan lebam ini perahkan sedikit jus limau nipis dan gunakan pisau keluli berkilat (stailess steel).

11) Jika doh pastri susah hendak di canai, letakkan antara dua kepingkertas minyakyang telah ditaburdengan sedikit tepung atau dinginkan dahulu di dalam peti sejuk selama 30 minit.

12) Doh pastri boleh tahan lama jika diisikan kedalam plastik dan di simpan di dalam peti sejuk (freezer).

13) Gunakan kertas minyak (greased proof paper) dalam mengalas dulang pembakar apabila membakar biskut atau meringue. Ini bukan sahaja menyelamatkan masa daripada melenserkan tin pembakar bahkan mengelakkan biskut daripada pecah. Kertas ini boleh juga di gunakan beberapa kali.

14) Kek keju mestilah di sejukkan di dalam ketuhar selepas di bakar. MAtikan suis ketuhar dan buka sedikit pintu ketuhar. Ini menglakkan kek keju daripada mendap.

15) Lebihan putih telur boleh di buat meringue apabila anda memerlukan kuning telur sahaja. Untuk glis, kuning telur (dipukul sedikit) masukkan ke dalam botol bertutup rapat dan bekukan di dalam freezer.

16) Apabila menerap pastri, celupkan penerap ke dalam tepung.

17) Sebelum membakar biskut, eloklah cuba membakar dua keping biskut dahulu untuk menentuan keadaan pengembangan ketika pembakaran. Ini mengelakkan daripada membentuk biskut terlalu besar atau terlalu kecil.

18) Untuk mendapatak jus limau/oren yang banyak - golekkan dahulu buah beberapa ketika di atas papan pencanai.

bersambung.....................

0 comments: