BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

PETUA PASTRI DI DAPUR (1)

1) Sediakan peralatan yang di perlukan seperti mesin pemutar kek, peralatan menimbang, berus pastri dan lain-lain.

2) Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, bahan-bahan mestilah di timbang dengan betul dan tepat.
Tepung mestilah di ayak dengan secubit garam sebelum di gunakan.

3) Ketika mencanai apa sahaja jenis doh, JANGAN menaburkan tepung keterlaluan di papan pencanai kerana ia senang di serap oleh doh dan akan menukar kuantiti batangan yang di buat.

4) Oren atau lemon yang di gunakan mestilah di basuh sebelum di parut.

5) Tentukan ketuhar telah di panaskan terlebih dahulu sebelum membakar. Ketuhar elektrik memerlukan 20 minit sebelum membakar dan gas selama 15 minit sebelum membakar. Tentukan rak-rak ketuhar di tempat yang betul. Sebagai panduan barangan beryis dan pastri hendaklah di bakar di atas rak yang teratas, kek dan biskut di ra yang tengah dan meringue di bahagian bawah sekali untuk mengelakkan ia bertukar warna terlalu cepat.

6) Tentukan tin kek diletakkan terus di atas ketuhar, tidak di atas dulang pembakar melainkan jika ia tercatat dalam resepi.

7) Jika kek kelihatan berwrna coklat tetapi masih belum masak, tutup dengan kertas minyak atau kerajang alumunium (alumunium foil).

Bersambung...................

0 comments: